Alahai... Manusia. Macam2 ragam.
Tapi kali ni betul2 berbulu dengan sorang ni. Semua dia paling best. Mak bapak banyak duit. Adik kepada seorang Along yang berpangkat. Pada mulanya boleh la nak layan cerita2 dia. Tapi kalau cerita yang sama asyik diulang hari2.. perghhh.. berbulu juga telinga ni. Bernanah.
Asyik2 cerita mak ayah dia baru dapat duit EPF. Beli sofa la, renovate rumah la, beli adik motor baru la, dan dia bakal dapat habuan dia sendiri. Err.. perlu ke cerita tu semua? Mak ayah aku tak perlu tunggu duit EPF dah boleh besarkan rumah sampai 92x?? kaki, takde pulak aku nak canang kat semua orang.
Ada lagi cerita pasal abah dia ni. Dia selalu cerita abah dia selalu suruh bawak kereta abah dia.
"Kak Nad, ada ke abah E nak suruh bawak keta dia. keta dia yang PEUGEOT tu..bla..bla..bla.."
Dalam hati. "Errr perlu ke nak mention nama PEUGEOT tu?"
Paling berbulu cerita Along dia yang berpangkat. Fuyoo.. ADA PANGKAT.. 2 perkataan ni la selalu dia ulang2. Nak tahu pangkat apa? Lecturer di Politeknik di Mukah tu je. Hahaha..
Perlu ke aku cerita tentang adik beradik aku? Asyik2 Along dia. Padahal kakak dia pun ada kerja di Sarawak. Takde pulak dia cerita. Cuma cerita sikit2 je bab kakak dia sesekali balik semenanjung shopping sampai RM5 ribu. Bila ditanya shopping di mana. Spontan dia kata BP Mall. Hahaha shopping apa je kat BP Mall sampai RM5 ribu. Hebat sangat la BP Mall dia tu. Time tu le baru dia kata ada juga shopping di KL.. Yela tu.. ingat aku caya?
Asyik2 cerita anak Along dia. Pandainyaaa berkata2. Yela minum susu Enfagrow. Bijak. Husna minum susu aku je dulu. Free of charge. Err.. Afiah kembar aku kat maktab pon anak dia minum Enfagrow. Tak pernah pulak bagitahu sampai la aku tanya. Tak pernah cerita husband dia naik Honda Accord. Si E ni terkejut beruk bila semalam dia nampak Afiah ni bawak Honda husband dia ke maktab. Baru terkedu. Tak ada pulak nak cerita apa2 pasal Along dia dalam kereta.
Bila sesekali keluar ke KL, dia pulak konon nak jadi pandu arah aku. Mid Valley tu dia dah expert sangat la konon.
"Kak Nad, nak beli beg macam E ni banyak kat Mid Valley. Kat situ, Kat sini"
Alahai.. nak banding aku dengan dia yang baru berapa bulan je duk KL ni. Macam dia lak nak ajar aku yang dah duduk KL selama 9 tahun?
Aku gelak je dalam hati.
Berbulu le telinga aku. Dah le hari2 duk mengadah telinga kat dia. Ada seminggu lebih lagi nih..Tak sabar dah nak chow..
Alahai... Manusia
Rukun Negara
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan kepada Tuhan
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.Keluhuran Perlembagaan
Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.Kedaulatan Undang-Undang
Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.Design lagi

Ini adalah design untuk kad yang akan diberikan kepada guru pembimbing esok. Kata2 ucapan yang telah dilampirkan itu sebenarnya hanyalah khayalan semata-semata kerana sepatutnya kata2 tersebut akan dilampirkan kemudian selepas kad ini di print di atas kertas glossy paper. Ini kerana pereka menginginkan kesan 3D ke atas kad ucapan tersebut. ;D
Hm.. Terasa sekejap sangat pulak praktikal ni. Semacam baru semalam je aku takut2 dan sangat gementar bila nak ke sekolah. Pejam celik - pejam celik, dah tinggal seminggu aku akan mengadap anak2 murid yang nakal tu.
Keputusan praktikal tak dapat dicapai seperti mana yang diharapkan. Memang aku mengaku, bukan agak kecewa. tapi sangat2 kecewa apabila guru pembimbing memberitahu keputusan aku tu. Juga bukan seperti yang dia minta. Dia sebolehnya mempertahankan keputusan yang terbaik antara yang terbaik untuk aku dan ekin. Tapi bila pensyarah dah kata hitam, maka hitam lah.
Agak terkejut lagi apabila teman serumah yang membuat segala kerja2 nya dengan sambil lewa tidak seperti mana aku, juga mendapat keputusan yang sama.
Sepertimana kata cikgu Nizar, "A- tu untuk orang yang buat biasa2 je"
Memang benar.. macam tu lah teman serumah aku buat. Biasa2 je aku tengok. BBM tiada yang dibuat sendiri. Hanya print out gambar. Tapi aku? Semua aku buat sendiri. Gambar aku lukis, kaler dan tampal di polisterin supaya nampak besar dan jelas. Bahan semua aku sediakan untuk aktiviti murid2 mengukur dan sebagainya. Game pulak, macam2 game aku buat. Dengan Dam ular, Jigsaw puzzle, find the word based on questions, build a house and a boat based on questions. Masih tak menarik?
Masa observation, pensyarah kata,
"great job! Keep it up"
"Aktiviti sangat menarik perhatian murid"
"Pupils centred activity"
Bab markah pulak, bukan nak bangga la tapi itu yang perlu aku hadapi. Markah selalu tinggi (bukan average apalagi low) dari awal hingga ke akhirnya tapi masih tidak dapat memenuhi kriteria untuk melayakkan aku mendapat apa yang aku harapkan tu. Bila dibandingkan dengan teman serumah tu memang jauh beza la. Tapi akhirnya, keputusan boleh sama dengan aku?
Nak kata aktiviti, semua aku involve. Semua ada bahan bukti. Apa lagi yang kurang? Hanya kerana pengalaman? Hanya itu yang dinilai? Baik pilih calon2 guru hanya yang ada pengalaman saja untuk KPLI ni...
Guru Pembimbing pernah berkata, "A ke A- ke, gaji nanti sama je"
Tapi aku nak yang terbaik! Full stop.
Dan sekarang, seperti mana result yang aku dapat, kali ini aku akan buat kerja pun biasa2 je la. Tiada lagi teaching aids, tiada lagi worksheets. Selayaknya kerja dengan hasil yang dapat.
Ia betul2 men 'down' kan aku!
Jangan sentuh anak saya..

Bila ditanya tentang cita-cita, masing-masing mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Tapi adakah dengan mempunyai sikap sebegini mampu merealisasikan impian 5 pelajar ini?
Itu lah.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah juga. Setelah beberapa kali melakukan perkara tu, akhirnya tertangkap juga. Mula-mula mengintai pelajar perempuan di tandas, sekarang mengintai guru pula. Semakin berani !
Dalam hal lain... ada Geng Lily.. ada Geng Kiki.. Memeras ugut pelajar yang lemah. Hmm... itulah akibat apabila guru tidak mempunyai kuasa untuk MENDIDIK dalam erti kata sebenar! Salah satu soalan latihan PTK tentang tanggungjawab guru ~ jawapan yang paling tepat adalah MENGAJAR MURID DI DALAM KELAS! Itu saja ke? Hmm patut lah masalah displin di negara ni semakin teruk!
~ terpaksa juga menunding jari ~
Beauty of Nature or Beauty of Natural

Isk.. tak tahu nak komen apa tentang this picture. Simple but.. sungguh mendamaikan hati. Indahnya alam ini..
Gambar ni dibuat as a postcard untuk English lesson hari ni about weather. Buat last minute sebab penulis duk leka main Farmville. Hoho.. Ada tapinya... Melvin (budak paling kecik dalam kelas) bila ditanya, "What do you see in this picture?"
Melvin jawab, "Teacher, I see the words 'Beauty of Natural' "
Dalam hati... eh Nature ke Natural?
~ penulis selalu kena tegur bila salah grammar.Ngeee ~
MUNAJAT SEORANG HAMBA
isk... tak tahu nak describe perasaan aku hari ni..
Rasa ada sesuatu yang tak kena.. tapi apa dia? Puas cari punca. Tapi tak jumpa juga.
Beberapa hari kebelakangan ni terasa suka pulak dengar lagu2 nasyid. Rasa sayu pun ada... Rasa diri jauh dari-NYA.. Hmm.. Kononnya dek kerana kesibukan masa sampai tak sempat nak baca Quran. Tak sempat lagi untuk duduk lama di tikar sembahyang. Kesibukan dunia yang tak tahu sampai bila. Tiada penghujungnya selagi roh tidak meninggalkan jasad.
Sekarang ni tak pernah lagi rasa perasaan indah untuk bertemu Mu setiap kali waktu sombahyang sepertimana aku pernah rasa dulu. Kenapa ya? Kembalikan perasaan itu padaku Ya Allah... aku rindu dengan perasaan itu.
Ada Cinta
Ucapkanlah kasih..
Satu kata yang ku nantikan..
Sebab ku tak mampu membaca matamu..
Mendengar bisikmu..
Nyanyikanlah kasih..
Senandung kata hatimu..
Sebab ku tak sanggup..
Mengartikan getar ini..
Sebab ku meragu pada dirimu..
Mengapa berat..Ungkapkan cinta..
Padahal ia ada..Dalam rinai hujan..
Dalam terang bulan..Juga dalam sedu sedan..
Mengapa sulit..Mengaku cinta..
Padahal ia terasa..Dalam rindu dendam..
Hening malam..Cinta terasa ada..
Jiwang pulak malam ni... kenapa ye?
Teringat teman serumah mengadu tentang tunangnya,
"Dah lama aku tak rasa dicintai"
Tergamam sekejap aku pada mulanya. Terkedu.
Sistem neuron dengan pantas membawa maklumat menyelusup ke dalam otak. Mencari maksud.
"Eik, apa masalah minah ni sampai kata macam tu. Bukan ke dia dah ada tunang? Kenapa tak bercinta pulak"
Setelah diterangkan barulah faham akan maksudnya.
Kenapa ya? Tu baru bertunang. Bagaimana bila sudah bergelar isteri? Adakah cinta tidak perlu dipupuk dan dibaja selalu apabila sudah bergelar isteri atau tunang? Betul ke rasa cinta suami
kepada isteri tak perlu ditunjukkan?
Karut. Itu zaman dulu2. Zaman mak ayah kita memang la macam tu.
Mahalkah nilai cinta seorang lelaki apabila sudah bergelar suami? Ego atau apa?
Teringat pula tentang seorang kawan yang mendapat bunga dari suaminya di sekolah. Suami berada di Penang. Bagaimana pula dengan yang ini? Perlu ke ditunjukkan kepada semua orang? Isk...
Jap.. Muhasabah diri...
~ Betul la.. dah lama tak rasa dicintai sejak bergelar isteri ~
